APA ITU DISKAUN , REBATE DAN CASHBACK ⁉️
.
.
.
.
yang ramai tau potongan harga . betul tu . tapi dalam hartanah ada beza sikit antara ketiga-tiga term tu . Jom kita tengok apa beza 🤩
.
.
1.DISKAUN
Sama macam diskaun kita beli belah kt supermarket . Diskaun 70% semua pakat serbu beli . 😬 . Kalau dalam hartanah Diskaun akan buat harga hartanah tu jadi murah . Contoh pemaju bagi diskaun 10% daripada harga asal rumah . So tentulah anda akan beli rumah tu dengan harga yang murah 10% daripada harga asal. Nak lebih paham , tengok contoh kat bawah
RM500,000 harga asal rumah
RM50,000 (10%) diskaun
Harga SPA = RM500,000 – RM50,000 = RM450,000 (SPA)
Jumlah Pinjaman Daripada Harga SPA = RM450,000 x 90% = RM405,000
Harga dalam kontrak SPA anda adalah harga selepas diskaun .
.
.
2.REBATE
Biasa kalau tengok iklan rumah sekarang akan nampak ayat 0 downpayment / zero deposit . Yang tu adalah contoh Rebate yang pemaju offer . Dengan cara ini pemaju akan dapat jual unit yang dorg bina dengan lebih cepat , sebab tawaran rebate ni menarik❗️Kenapa menarik? Jom kita tengok contoh kat bawah
RM500,000 harga asal rumah
10% Rebate
RM50,000 (10% Rebate)
RM500,000 Harga SPA
RM0 Deposit (PERCUMA)
Jumlah Pinjaman daripada harga SPA = RM500,000 x 90% = RM450,000
so perbezaan kat sini kalau anda tengok adalah dari segi jumlah pinjaman dan juga duit deposit (downpayment) . perasan tak?
.
.
3.CASHBACK
Ok yang seterusnya ni adalah Cashback dalam bahasa melayu orang kata dapat duit balik 😍 Dah beli rumah dapat duit balik . Sapa tak nak kan? Ok Jom kita tengok contoh kat bawah ni utk lebih paham .
RM500,000 harga asal rumah
10% Rebate 5% Cashback
RM50,000 (Nilai 10% Rebate)
RM25,000 (Nilai 5% Cashback – yang ni dapat balik utk masuk poket nanti 😜)
RM500,000 Harga SPA
RM0 Deposit (PERCUMA)
Jumlah Pinjaman daripada harga SPA = RM500,000 x 90% = RM450,000
RM425,000 Jumlah duit yang pemaju dapat at last
Macam mana boleh jadi RM425,000 ⁉️ Selepas bank dah bayar kat pemaju RM450,000 total , pemaju akan pulangkan balik RM25,000 kat akaun anda . Biasanya pemaju akan bagi selepas dapat kunci (VP) .
So perbezaan Cashback ni dengan rebate adalah rebate anda tak dapat balik kat tangan , cashback anda akan dapat balik bila anda terima kunci rumah tu nanti .
So terpulang kat anda nak buat apa duit Cashback tu . biasanya orang akan renovate , tapi kalau anda jadi customer saya, saya akan advise anda buat something yang inshaAllah ada return. akan didedahkan jika anda jadi pelanggan sy . 😎
Tapi ingat ye, duit cashback tu tadi pn sebenarnya bukan duit PERCUMA . Ia termasuk dalam jumlah pinjaman yang anda harus bayar balik kepada bank setiap bulan. ✌️🏻