3 𝙋𝙀𝙍𝙆𝘼𝙍𝘼 𝙋𝙀𝙉𝙏𝙄𝙉𝙂 𝙆𝙀𝙉𝘼 𝙏𝘼𝙃𝙐 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝘽𝙀𝙇𝙄 𝙃𝘼𝙍𝙏𝘼𝙉𝘼𝙃 (𝙐𝙉𝘿𝙀𝙍𝘾𝙊𝙉𝙎/𝘾𝙊𝙈𝙋𝙇𝙀𝙏𝙀𝘿 – 𝙋𝙍𝙄𝙈𝘼𝙍𝙔 𝙈𝘼𝙍𝙆𝙀𝙏)
𝟭.𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮
*bila anda nak beli rumah, 1st sekali anda kena tahu berapa harga rumah yang anda nak beli . Untuk pembelian hartanah ni dalam bab harga ada beberapa term yang anda kena faham . 1st sekali ada harga SPA/SNP (Sales & Purhase Price). biasa harga ni untuk projek undercons / completed akan ditetapkan sendiri oleh pemaju hartanah tersebut. 2nd adalah harga selepas rebate / diskaun atau biasa ejen cakap harga net/net price (harga bersih selepas tolak rebate/diskaun) . Kebiasaan projek kt Malaysia ni sekarang, developer akan offer pembeli dengan rebate la, diskaun la, cashback lagi, so tiga2 term ni pon sebenarnya ada beza dan akan ada yang memberi kesan pada harga SPA/SNP anda nanti.
𝟮.𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶
*Lokasi ni anda kena bincang elok-elok dengan suami, isteri, parents atau sesiapa saja yang anda rasa dia adalah decision maker dlm hidup anda atau bakal menghuni rumah tu dengan anda nanti . anda kena tahu booster kawasan sekeliling apa, projek baru yang akan naik, kemudahan apa yg dah ada dan bakal ada, sekolah, hospital serta berapa jauh booster-booster ni dari kawasan anda nak beli tu . paling mudah anda nak survey kawasan sekeliling adalah melalui applikasi Google Street View
𝟯.𝗦𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵
*Bab ini depends pada goal/aim anda, apa tujuan anda beli rumah tu . kalau anda decide itu rumah anda nak settle down mungkin anda boleh consider freehold as pilihan anda . apa2 pun pilihan ni semua tertakluk pada justification anda sendiri . saya tak cakap freehold atau leasehold is the best sebab banyak faktor yang mempengaruhi hartanah tu utk future value.
nota: ejen hartanah akan bantu bagi anda info extra yang mungkin anda belum tahu lagi dan anda guna info tu utk anda buat comparison dgn data yang anda dah dapat
p/s: yang baik jadikan teladan yang tak baik jangan ikut. banyak lagi perkara lain anda kena justify sebelum anda decide nak beli rumah , nanti saya akan share lagi . inshaAllah .